Jalaluddin Travel & Services
2008 448 Changi Road #01-01, Wisma Indah, Singapore 419975

Jalaluddin Travel & Services

About Jalaluddin Travel & Services

Syarikat Jalaluddin Training & Services ini telah diasaskan pada tahun 2008 oleh Ustaz Jalaluddin Hassan Seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Al-Azhar di Cairo pada tahun 2000 dalam Jurusan Pengajian Islam (Hadith), dan memiliki Sarjana (Master) Usuluddin dalam Jurusan Pengajian Islam (Tafsir) pada tahun 2009. Ustaz Jalaluddin Hassan banyak mempunyai pengalaman membimbing dan menganjurkan bengkel-bengkel dan Seminar Pengurusan Harta Pusaka dan Wasiat Hibah, Selain itu beliau juga terlibat dalam beberapa siri Pembangunan Institusi Keluarga, Kaedah Penyelesaian Konflik, Kaedah Menangani Stress, Motivasi Guru-guru sekolah, Belia, Bengkel Yakin berpidato, Imam dan Khatib, Kounseling, Pengurusan kewangan didalam Islam, Minda Kaya, Kaedah Bantu diri Golongan berpendapatan Rendah dan banyak lagi.

Beliau juga sering dijemput untuk memberikan Ceramah Motivasi Kerohanian dan Forum dalam Ehwal Keislaman dan khidmat latihan meningkatkan daya sumber manusia di Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Selain dari itu Syarikat Jalaluddin Training & Services Menyediakan Khidmat Korban dan Aqiqah di luar negara dan kawasan yang ditimpa Musibah seperti di kawasan terpencil di Indonesia, Vietnam, China dan lain lagi.

Kami juga menyediakan khidmat seperti Badal Haji, Konsultasi Pengurusan Harta Pusaka seperti Penyediaan Dokumen Wasiat, Hibah dan Nuzriyyah untuk para jemaah. Selain itu, pihak kami juga menyediakan pakej-pakej Team Building untuk para belia dan pelajar-pelajar seluruh Singapura seperti kem motivasi rohani, kem mampu diri cemerlang, kem ibadah di pelbagai destinasi di dalam dan di luar negara.

Pada penghujung tahun 2008 juga, beliau telah mengembangkan lagi perkhidmatannya dengan menubuhkan Syarikat Pelancongan kepada kepada khidmat pengurusan Pelancongan dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pakej Haji dan Umrah, pakej Wisata Muslim ke destinasi impian, seperti Timur Tengah, Asia dan lain-lain. Selain itu juga, kami menyediakan pelbagai pakej pelancongan dalam negeri dan luar negara serta pakej berbulan madu. Kami juga ada menyediakan khidmat jualan tiket penerbangan dan tempahan hotel di pelbagai destinasi di seluruh dunia.

Kami amat berterima kasih kepada para jemaah yang menyokong kami selama ini dan diharap kami dapat mempertingkatkan perkhidmatan kami di masa akan datang.

Salam Muhibbah dari Ustaz Jalaluddin Hassan dan seluruh keluarga serta pegawai Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd.

Jalaluddin Travel & Services

15D Al Barakah From $7,700
17 Aug 2018
31 Aug 2018
Mecca, Medina
Shortlist Message More Info
30D Al-Barakah Awal From $10,500
29 Jul 2018
28 Aug 2018
Mecca, Medina
Shortlist Message More Info
30D Al-Barakah Awal From $10,500
29 Jul 2018
28 Aug 2018
Mecca, Medina
Shortlist Message More Info
28D Al-Barakah Elaf (Akhir) From $9,700
13 Aug 2018
10 Sep 2018
Mecca, Medina
Shortlist Message More Info
28D Al-Barakah Deluxe (Akhir) From $10,700
13 Aug 2018
10 Sep 2018
Mecca, Medina
Shortlist Message More Info
Copyright © 2018 ooomra. All rights reserved.